Aplikasi Mudah Alih MyBLESS

Semakan maklumat pelesenan di mana-mana jua, pada bila-bila masa.

Muat Turun aplikasi ini secara percuma melalui Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Play Store, App Store atau Huawei AppGallery.

GAMMA Playstore Appstore HuaweiStore

Aplikasi MyBLESS adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Bahagian BLESS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kemudahan berikut :

  • Menyemak maklumat permohonan dan maklumat lesen yang telah dimohon atau diproses di Sistem BLESS
  • Menyemak pengumuman terkini berkaitan sistem atau aktiviti BLESS
  • Mendapatkan panduan mengenai tatacara atau senarai semak permohonan lesen melalui pautan ke Portal Rasmi BLESS
  • Mendapatkan maklumat mengenai senarai latihan berkaitan Modul BLESS
  • Pautan ke Sistem BLESS 1.0 dan BLESS 2.0

Apa Ada Pada Aplikasi MyBLESS



Laman Utama

Mengandungi paparan pengumuman berkaitan sistem atau aktiviti BLESS. Laman ini juga mengandungi fungsi Semakan Pantas, menu Panduan Pemohon, Tentang BLESS dan Jadual Latihan.



Semakan Pantas

Semakan maklumat permohonan dan maklumat lesen berdasarkan 2 pilihan kunci masuk iaitu No. Pendaftaran Organisasi atau ID Pemohon yang didaftarkan di Aplikasi BLESS, dan Nombor Lesen atau No. Serahan BLESS. Kedua-dua ruangan ini adalah wajib diisi.



Maklumat Permohonan dan Lesen

Paparan maklumat permohonan dan maklumat lesen berdasarkan permohonan terkini melalui Aplikasi BLESS . Tiada pengemaskinian boleh dilakukan pada laman ini.



Rujukan Terma Semakan Pantas

Paparan keterangan berkaitan item-item maklumat permohonan dan maklumat lesen yang dipaparkan pada fungsi Semakan Pantas.



Maklumat Latihan

Mengandungi maklumat sesi latihan berkaitan BLESS yang dianjurkan oleh Bahagian BLESS, MEDAC atau Agensi Pihak Berkuasa Melesen.



Menu-menu Lain

Memaparkan menu-menu seperti di Laman Utama serta menu-menu lain iaitu Rujukan Terma Semakan Pantas, Garis Panduan Permohonan Lesen, pautan ke Portal MyBLESS, Hubungi Kami dan Penafian.

Soalan Lazim

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:

1) Semua pengguna yang telah berdaftar dengan Sistem BLESS 1.0 dan BLESS 2.0 dan mempunyai transaksi permohonan lesen.

2) Pegawai Agensi/Pegawai Penguatkuasa yang ingin menyemak maklumat lesen dan status lesen pemohon.

Android Versi 4.1 ke atas dan IOS semua versi.

Tidak boleh. Aplikasi yang dibangunkan ini hanya untuk tujuan semakan dan paparan maklumat lesen serta status permohonan. Untuk permohonan lesen, sila log masuk ke Sistem BLESS 1.0 atau Sistem BLESS 2.0

Sila pastikan anda memasukkan maklumat yang tepat, seperti mana yang telah direkodkan di Sistem BLESS 1.0 atau BLESS 2.0. Masukkan sama ada No. Pendaftaran Organisasi (No. Syarikat/ No. Perniagaan/ No. Kad Pengenalan bagi lesen individu) atau ID Pemohon (No. Kad Pengenalan/ No. Pasport/ Emel sepertimana yang didaftarkan di Sistem BLESS) pada ruangan No. Pendaftaran Organisasi atau ID Pemohon. Seterusnya, pilih pada senarai pilihan sama ada anda ingin memasukkan No. Lesen atau No. Serahan BLESS (BL) dan masukkan maklumat yang berkaitan. Kesilapan memasukkan maklumat pada kedua-dua ruangan ini akan menyebabkan rekod gagal ditemui.

Kemungkinan peranti anda sedang melakukan pengemaskinian (updating) pada aplikasi lain yang menyebabkan Aplikasi MyBLESS gagal/ perlahan untuk dimuat turun. Sila cuba sekali lagi.

Aplikasi MyBLESS boleh dimuat turun secara percuma daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store dan Google Play Store.

Hubungi Kami

Alamat

Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS),
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),
Aras 5, Blok D5, Kompleks D,
62546 PUTRAJAYA







Waktu Operasi Meja Bantuan

Isnin - Jumaat
9:00 pagi - 5:00 petang

Hotline Meja Bantuan BLESS

1-300-88-1020



Email

bless1.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 1.0)
bless2.0@kuskop.gov.my (Pengguna BLESS 2.0)



Portal Rasmi BLESS

http://www.bless.gov.my